TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Wan Rosdy: Keputusan DNAA terhadap Najib satu kemenangan moral

By
|
Kongsi
image

KUANTAN 21 Jun – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail menyifatkan keputusan Mahkamah Tinggi melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Najib Tun Razak daripada tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International sebagai satu kemenangan moral.

Menurutnya, keputusan itu memberikan kelegaan besar bukan sahaja kepada keluarga bekas Perdana Menteri berkenaan, tetapi juga kepada para penyokong, terutamanya dalam kalangan ahli UMNO.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT, Najib hari ini dilepaskan tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi atas tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM27 juta dana SRC.

“Semoga Najib terus diberikan kekuatan, ketabahan dan keadilan sewajarnya dalam menghadapi pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan terhadap beliau,” katanya dalam kenyataan ringkas pada Jumaat.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk DNAA terhadap Najib atas alasan kes berkenaan masih belum dibicarakan sejak beliau didakwa pada 2019.

Hakim K. Muniandy menjelaskan bahawa keputusan itu tidak akan memprejudiskan pihak pendakwaan yang masih berhak meneruskan kes pada masa akan datang sekiranya bersedia. – Media Telus

+ - reset