TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Mohd. Khalid dilantik Ketua Polis Negara ke-15

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 20 Jun – Datuk Mohd. Khalid Ismail kini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Polis Negara ke-15, menggantikan Tan Sri Razarudin Husain yang bakal menamatkan kontrak pada 22 Jun ini.

Mohd. Khalid sebelum ini memegang jawatan sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman. Pelantikan beliau disempurnakan pada satu majlis serah terima tugas yang disaksikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Dalam majlis itu, Saifuddin turut menyempurnakan penyerahan watikah pelantikan dan pemakaian pangkat Ketua Polis Negara kepada Mohd. Khalid. Upacara diteruskan dengan penandatanganan serta pertukaran dokumen serah terima tugas antara Razarudin dan Mohd. Khalid, termasuk penyerahan tongkat kuasa.

Tan Sri Ayob Khan Mydin Pitchay kekal sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikan Mohd. Khalid bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Razarudin setelah tamat kontrak perkhidmatan selama dua tahun. Perlantikan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, atas nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis.

+ - reset