Berita Jenayah
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang

KUALA LUMPUR 20 Jun – Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun ditemukan maut akibat ditembak dalam sebuah kenderaan pacuan empat roda di hadapan sebuah premis motosikal di Taman Meru Utama, Klang, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu sekitar jam 3.37 petang di Lorong Mahang 1.
“Siasatan awal mendapati mangsa ditemukan dalam keadaan mengiring dan berlumuran darah di tempat duduk pemandu. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti suspek serta motif kejadian.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat ASP M. Sathiyaseelan di talian 012-5197913 atau tampil ke balai polis berdekatan untuk membantu siasatan. – Media Telus
Berita berkaitan
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 23, 2025, 8:51 am
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am