TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular

By
|
Kongsi
image

PENAMPANG 23 Jun – Polis sedang menjalankan siasatan terhadap satu video tular yang dipercayai memaparkan kejadian penderaan seksual melibatkan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di Putatan, Sabah.

Ketua Polis Daerah Penampang, Superintendan Sammy Newton berkata, pihaknya telah menerima laporan polis berhubung kejadian tersebut pada Sabtu lalu, melibatkan seorang pelajar sekolah menengah di kawasan berkenaan.

Menurut beliau, rakaman berdurasi satu minit 34 saat itu dimuat naik ke Facebook sebelum mula tersebar luas pada awal pagi Ahad. Pihak polis percaya kandungan video berkenaan mempunyai kaitan langsung dengan insiden yang dilaporkan.

“Polis kini sedang mengesan suspek yang terlibat dalam kes ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara serta sebatan jika sabit kesalahan.

Polis turut menasihatkan orang awam agar tidak menyebarkan dakwaan tidak sahih di media sosial kerana ia boleh menjejaskan siasatan dan hak mangsa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Kalista Demson di talian 011-3398 0319 bagi membantu siasatan. – Media Telus.

+ - reset