TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 24 Jun – Seorang buruh dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah meliwat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) kategori lembam.

Menurut laporan Berita Harian, keputusan itu dibuat Hakim Mohd Zul Zakiquddin Zulkifli selepas tertuduh, Mohd Jaya Mohd Ghani, 40, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dibacakan kepadanya.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Jaya didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii terhadap mangsa berusia 46 tahun tanpa kerelaannya.

Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik air sebuah rumah di Marang kira-kira jam 12 tengah hari pada 7 Jun lalu.

Bagi pertuduhan tersebut, Mohd Jaya didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun, serta sebatan.

Mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap, iaitu pada 15 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

+ - reset