Berita Jenayah
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Jun – Seorang lelaki penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dalam sebuah kontena di Lembah Sireh pada 12 Jun lalu.
Tertuduh, Che Asmizan Che Jaafar, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.
Berdasarkan pertuduhan, Che Asmizan didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun lima bulan di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, yang mengendalikan pendakwaan, tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan kes berkenaan serius.
Hakim kemudiannya menasihatkan tertuduh supaya segera melantik peguam bagi membela dirinya dalam prosiding akan datang.
Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen pendakwaan.
Berita berkaitan
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 7:47 pm
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am