Berita Berita
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau

JEMPOL 23 Jun - Seorang guru wanita berusia 55 tahun ditemui meninggal dunia di kediamannya di Taman Satelit, Bahau pagi Isnin selepas pihak sekolah gagal menghubunginya dan menyedari beliau tidak hadir bertugas seperti biasa.
Menurut sumber, keadaan itu menimbulkan kebimbangan hingga mendorong Penolong Kanan sekolah berkenaan pergi sendiri ke rumah mangsa untuk membuat pemeriksaan.
“Apabila tiba di rumah, kenderaan mangsa masih ada di luar, tetapi panggilan telefon tidak dijawab. Pihak sekolah kemudian menghubungi bomba untuk mendapatkan bantuan membuka pintu,” katanya.
Pasukan bomba yang tiba di lokasi berjaya membuka pintu rumah dan menemui mangsa dalam keadaan sudah meninggal dunia. Polis dipanggil ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan lanjut.
Difahamkan, mangsa mempunyai sejarah penyakit jantung dan pernah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Norhisham Mustapar mengesahkan menerima laporan kejadian tersebut.
“Hasil siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 7:34 pm
Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:50 pm