Berita Berita
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN

KUALA TERENGGANU 23 Jun - Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dilaporkan semakin pulih dan berada dalam keadaan memberangsangkan selepas menjalani prosedur rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur minggu lalu.
Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, beliau sendiri melihat perkembangan positif itu ketika menziarahi Abdul Hadi baru-baru ini.
“Saya amat teruja melihat prosedur dijalani Tan Sri (Abdul Hadi) berjalan baik dan proses pemulihannya sangat cepat. Insya-Allah, beliau akan kembali melaksanakan tugas dalam masa terdekat,” katanya kepada media selepas menghadiri perasmian Persidangan Tenaga Pantai Timur di sini hari ini.
Ahmad Samsuri memaklumkan Abdul Hadi kini mengikut pelan pemulihan yang ditetapkan pakar perubatan IJN dan berharap beliau diberi ruang secukupnya untuk berehat sehingga benar-benar pulih.
Menurutnya lagi, keputusan untuk tidak mengumumkan secara terbuka mengenai rawatan itu dibuat bagi menghormati privasi keluarga Abdul Hadi dan memastikan rawatan berjalan lancar tanpa gangguan.
Abdul Hadi, 77, yang juga Ahli Parlimen Marang serta bekas Menteri Besar Terengganu, sebelum ini menerima rawatan susulan di IJN sebagai langkah menjaga kesihatan.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 7:34 pm
Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm