Berita Berita
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali

PUTRAJAYA 23 Jun - Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang juga pembantu menteri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta dan menerima rasuah berjumlah kira-kira RM150,000 berkaitan pengeluaran lesen cari gali di negeri itu.
Menurut sumber, lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan pada jam 9.30 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah.
“Suspek dipercayai meminta dan menerima wang berkenaan daripada seorang individu berpangkat Datuk sekitar tahun 2023 dan 2024 dengan alasan untuk membantu menguruskan permohonan lesen cari gali,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.
Beliau berkata, suspek telah dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa deposit bersama seorang penjamin selepas keterangan diambil dan akan didakwa dalam masa terdekat.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 7:34 pm
Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm