Berita Berita
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026

KUALA LUMPUR 23 Jun - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 15 hari bermula April 2026 untuk perbicaraan kes pecah amanah membabitkan Datin Vivy Sofinas Yusof dan suaminya, Datuk Fadzarudin Shah Anuar, berhubung dana pelaburan Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Khazanah Nasional Berhad.
Hakim Rosli Ahmad menetapkan tarikh perbicaraan pada 13 hingga 17 April, 18 hingga 22 Mei, serta 8 hingga 12 Jun 2026 selepas pihak pendakwaan dan pembelaan bersetuju dengan jadual berkenaan. Mahkamah turut menetapkan 27 Oktober tahun ini untuk pengurusan kes.
Dalam prosiding hari ini, pasangan itu tidak hadir ke mahkamah selepas diberi pengecualian. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam M. Athimulan.
Pada 5 Disember 2024, pasangan berkenaan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan pecah amanah membabitkan dana pelaburan PNB dan Khazanah Nasional Berhad bernilai RM8 juta.
Mereka didakwa bersama-sama sebagai pengarah Fashion Valet Sdn. Bhd. yang diamanahkan dana tersebut, tetapi membuat pembayaran RM8 juta daripada akaun syarikat itu kepada 30 Maple Sdn. Bhd. tanpa kelulusan Lembaga Pengarah Fashion Valet.
Kesalahan didakwa dilakukan pada 21 Ogos 2018 di sebuah bank di Plaza Damansara, Bukit Damansara.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun, sebatan, dan denda jika sabit kesalahan.
Pasangan itu turut mengaku tidak bersalah pada 22 Januari lalu atas satu pertuduhan pilihan menyalahgunakan dana pelaburan bernilai RM8 juta, mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, sebatan, dan denda.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 7:34 pm
Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:27 pm
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm