TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 23 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun disyaki menjadi mangsa penderaan hingga mengakibatkan kematian di rumahnya di Kota Laksamana, pagi tadi.

Kejadian terbongkar selepas pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada sebuah hospital swasta yang memaklumkan telah menerima pesakit kanak-kanak dalam keadaan mencurigakan kira-kira jam 9.45 pagi.

Menurut sumber, pemeriksaan doktor mendapati mangsa mengalami patah kaki selain kesan lebam pada kepala dan badannya.

“Kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia ketika dirawat di wad kecemasan hospital,” katanya.

Difahamkan, bapa tiri mangsa kini disiasat berhubung insiden tragis itu.

Berita lanjut menyusul...

+ - reset