Berita Berita
Industri vape sokong gesaan PM tangani penyalahgunaan dalam kalangan belia

KUALA LUMPUR 23 Jun – Pemain industri vape tempatan menyatakan sokongan penuh terhadap gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, agar tindakan segera diambil bagi menangani isu penyalahgunaan dadah dan penggunaan vape dalam kalangan belia.
Presiden Malaysia Retail Electronic Cigarette Association (MRECA), Datuk Adzwan Ab Manas, berkata kadar pengedaran dadah yang semakin membimbangkan di Malaysia perlu diberi perhatian serius, terutamanya apabila bahan terlarang kini disalah guna bukan hanya secara langsung tetapi juga melalui makanan, minuman dan peranti vape.
“Isu sebenar bukan berpunca daripada produk vape yang sah. Yang membimbangkan ialah produk vape dicampur dadah yang dijual oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuk kepada individu bawah umur.
“Ia membahayakan pengguna dan mencemarkan imej keseluruhan industri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Terdahulu, Anwar menyuarakan kebimbangan terhadap penyalahgunaan dadah dan vape dalam kalangan belia, terutama anak muda Melayu, serta menekankan keperluan pendekatan menyeluruh termasuk kaunseling dan dakwah.
Mengulas lanjut, Adzwan menjelaskan bahawa peraturan sedia ada jelas melarang penjualan produk vape kepada golongan bawah umur, namun pelanggaran masih berlaku akibat kelemahan penguatkuasaan.
“Kami yakin ahli kami mematuhi undang-undang. Jika ada yang didapati bersalah menjual kepada bawah umur, kami bersetuju hukuman setimpal wajar dikenakan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Peniaga Vape Melayu Malaysia (PPVM), Mohd Sabri Ismail, berkata peniaga berlesen dan berdaftar berusaha memastikan operasi mereka telus dan sah demi kelangsungan perniagaan.
“Kami tidak mahu terlibat dalam sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan reputasi industri. Mereka yang menjual produk vape berbahaya kepada bawah umur bukan sebahagian daripada komuniti perniagaan sah,” katanya.
Presiden Malaysia E-Vaporizers dan Tobacco Alternative Association (MEVTA), Mohamad Neezam Talib, pula menggesa agar penguatkuasaan diperkukuh dan dilaksanakan secara menyeluruh.
“Penguatkuasaan perlu menyasarkan mereka yang menjual kepada bawah umur dan juga yang mengedar produk bercampur bahan terlarang,” katanya. – Media Telus.
Berita berkaitan
June 23, 2025, 7:34 pm
Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive
June 23, 2025, 6:01 pm
SPRM tahan seorang lagi ADUN Sabah disyaki terima suapan RM150,000 urus lesen cari gali
June 23, 2025, 4:01 pm
Kaki patah, badan lebam, budak 9 tahun mati disyaki didera bapa tiri di Melaka
June 23, 2025, 2:50 pm
Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang
June 23, 2025, 2:38 pm
Kesihatan Abdul Hadi makin baik selepas dirawat di IJN
June 23, 2025, 2:31 pm
Isteri Tun Daim berjaya tangguh pembekuan aset RM758 juta di London
June 23, 2025, 2:25 pm
Mahkamah tetapkan bicara kes pecah amanah kes Vivy Yusof, suami bermula April 2026
June 23, 2025, 1:56 pm
Guru wanita tidak hadir ke sekolah ditemui meninggal dunia dalam rumah di Bahau
June 23, 2025, 1:50 pm