TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Dua lelaki mabuk tumbuk, gigit dada polis hingga cedera di pos pengawal IPK Pulau Pinang

By
|
Kongsi
image

GEORGE TOWN 23 Jun - Cubaan dua lelaki mencetuskan kekecohan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang membawa padah apabila mereka ditahan selepas menyerang seorang anggota polis di pos pengawal, petang Ahad.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun dikatakan berada dalam keadaan mencurigakan berhampiran pagar IPK sebelum ditahan untuk pemeriksaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad, pemeriksaan awal mendapati mereka disyaki mabuk dan dibawa ke pos pengawal untuk tindakan lanjut.

“Bagaimanapun, kedua-dua suspek tiba-tiba bertindak agresif dengan menumbuk pipi dan menggigit dada anggota bertugas hingga menyebabkan mata kiri anggota bengkak dan dada lebam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain mencederakan anggota, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap mangsa sebelum ditahan dan direman tiga hari untuk siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.

+ - reset