TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Rosmaliza diperintah bayar ganti rugi RM70,000 kepada Bawal Exclusive

By
|
Kongsi
image

KOTA BHARU 24 Jun – Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengarahkan bekas pengedar Bawal Exclusive Sdn. Bhd., Rosmaliza Mansor, membayar ganti rugi berjumlah RM70,000 kepada syarikat itu dan dua lagi pihak atas dakwaan fitnah dan kenyataan berniat jahat di media sosial.

Menurut peguam Datuk Adnan Seman daripada Tetuan Adnan Sharida & Associates, saman difailkan oleh Pengasas dan Pengarah Pemasaran Bawal Exclusive, Haliza Maysuri pada 18 Oktober 2024 berhubung satu hantaran Facebook oleh Rosmaliza yang memperlekehkan strategi pemasaran syarikat di TikTok.

Rosmaliza merupakan bekas pengedar Bawal Exclusive dari 2017 hingga 2022 dan tidak lagi dilantik selepas tempoh itu berakhir. Kenyataan yang dimuat naik di media sosial oleh Rosmaliza didakwa memberikan gambaran negatif terhadap syarikat dan Haliza, hingga menjejaskan reputasi yang dibina sejak 1998.

Mahkamah turut diberitahu Rosmaliza tidak menghadiri sebarang prosiding kes dan diperintahkan menurunkan kenyataan berkenaan serta dilarang mengulanginya. Beliau juga diarahkan membayar RM570 kepada Bawal Sdn. Bhd. atas tunggakan invois.

Adnan berkata pihaknya tidak akan bertoleransi terhadap mana-mana pihak yang cuba menjatuhkan reputasi anak guam mereka dan berharap keputusan ini menjadi pengajaran kepada masyarakat agar lebih berhati-hati di media sosial. – Media Telus.

+ - reset