Berita Berita
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel

MARAN 25 Jun - Susulan insiden kecurian kabel dan peralatan khas di tapak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kuantan baru-baru ini, kawalan keselamatan di sepanjang jajaran rel berkenaan kini diperketatkan, khususnya di Maran, Temerloh dan Bentong.
Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai berkata, satu mesyuarat penyelarasan bersama pihak ECRL dicadangkan diadakan pada 3 Julai ini bagi membincangkan langkah keselamatan secara menyeluruh.
"Saya juga mencadangkan penubuhan jawatankuasa keselamatan khas antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan ECRL bagi menyelaras serta melaksanakan kawalan bersepadu di kawasan berisiko.
"Pada 2020, kumpulan penjenayah dikenali sebagai 'Geng Mamak' pernah aktif mencuri barangan am bernilai tinggi. Kini, mereka dipercayai menyasarkan kabel dan transformer khas milik ECRL yang masih belum dipasang sepenuhnya di Maran," katanya.
Beliau menambah, sistem keselamatan yang dicadangkan termasuk pemasangan pagar elektrik, kamera litar tertutup (CCTV), sensor infra merah serta rondaan menggunakan dron, selain pemantauan bersama PDRM dan pasukan keselamatan ECRL.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar memaklumkan rondaan berkala bersama pihak projek dan penduduk tempatan sudah digiatkan di tapak ECRL daerah itu.
Di Temerloh pula, Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata tiada kes kecurian dilaporkan setakat ini kerana pemasangan kabel dan peralatan di jajaran sepanjang 80 kilometer di daerah itu belum dilaksanakan.
Namun, katanya beberapa langkah pencegahan sudah diambil termasuk pemeriksaan premis barang lusuh, rondaan lokasi berisiko, menjejaki suspek serta sesi taklimat keselamatan kepada pihak berkaitan.
"Kita juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak ECRL dalam masa terdekat bagi membincangkan pelan tindakan menyeluruh supaya insiden sama tidak berlaku di Temerloh," katanya.
Sebelum ini, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) menyuarakan kebimbangan terhadap insiden kecurian kabel yang dikhuatiri menjejaskan jadual operasi projek ECRL yang kini berada pada fasa kritikal menjelang penyempurnaan pada Disember 2026.
Ketua Pegawai Eksekutif MRL, Datuk Seri Darwis Abdul Razak dilaporkan berkata, kejadian kecurian dikesan di beberapa lokasi sepanjang jajaran ECRL di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor, termasuk Kota SAS, Paya Besar, Gambang, Cherating, Bandar Pelabuhan Kuantan, Chukai, Dungun, Kemasik dan Pasir Puteh.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 8:13 pm
Kota Madani bakal jadi mercu tanda baharu, kenderaan hanya dibenar lalu bawah tanah sahaja
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm