TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan

By
|
Kongsi
image

JASIN 25 Jun – Seorang lelaki maut selepas dihempap runtuhan tembok konkrit ketika melakukan kerja-kerja perparitan di Kampung Gunung Emas, Asahan, pagi tadi.

Mangsa, Nazri Yazid, 50, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 10.40 pagi.

Menurut Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima panggilan kecemasan pada jam 10.49 pagi.

“Sebuah jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jasin dikejarkan ke lokasi dan tiba jam 11.12 pagi,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi, pihak bomba mendapati mangsa telah dihempap runtuhan tembok dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Mangsa berjaya dikeluarkan daripada runtuhan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba. Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya lagi.

Operasi ditamatkan pada jam 11.36 pagi. – Media Telus

+ - reset