Berita Berita
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke

PUTRAJAYA 25 Jun - Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi amaran tegas bahawa tiada lagi kompromi terhadap syarikat pengendali kenderaan barangan dan bas ekspres yang gagal mematuhi undang-undang jalan raya.
Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, berkata pihaknya mengenal pasti 11 syarikat pengendali kenderaan barangan yang mempunyai lebih 1,000 saman tertunggak, selain 17 syarikat bas ekspres yang masing-masing mencatatkan lebih 200 saman.
“Ia melibatkan kesalahan teknikal, tiada lesen memandu, lebih muatan, tiada lesen kenderaan (LKM) dan memandu lebih had laju.
“MOT dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak akan bertolak ansur terhadap pihak yang gagal mematuhi undang-undang,” katanya pada sidang media di kementerian hari ini.
Menurut Loke, kerajaan akan terus berusaha memperkukuh tahap keselamatan jalan raya dan menggesa semua pihak berkaitan agar lebih bertanggungjawab dalam memastikan undang-undang dipatuhi.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 8:13 pm
Kota Madani bakal jadi mercu tanda baharu, kenderaan hanya dibenar lalu bawah tanah sahaja
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm
Tiga sahabat terlepas hukuman gantung tuduhan edar ganja
June 25, 2025, 1:58 pm