Berita Berita
Kementerian Kewangan, pemain industri duduk semeja bincang impak pelaksanaan SST

KUALA LUMPUR 25 Jun – Pelaksanaan peluasan skop Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan (SST) yang dijadual bermula 1 Julai 2025 menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pemain industri yang bimbang akan peningkatan kos operasi dan bebanan tambahan kepada peniaga.
Perkara itu dibangkitkan dalam satu Mesyuarat Khas antara Kementerian Kewangan dan Federation of Malaysian Business Associations (FMBA) yang berlangsung pada hari ini di Dewan Utama, Kementerian Kewangan Malaysia.
Mesyuarat berkenaan dipengerusikan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican, dan dihadiri seramai 60 wakil daripada pelbagai sektor industri.
Mesyuarat khas ini diadakan bagi memberi taklimat serta mendapatkan maklum balas industri mengenai semakan kadar cukai jualan serta peluasan skop cukai perkhidmatan sebelum pelaksanaannya.
Antara yang hadir termasuk wakil Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA), Datuk Jawahar Alidan Tuan Tahir, yang turut menyuarakan kebimbangan berhubung kesan dasar tersebut terhadap sektor makanan dan minuman.
Pihak Kementerian Kewangan dijangka akan meneliti pandangan yang dikemukakan sebelum membuat sebarang pengumuman lanjut berkaitan pelaksanaan dasar berkenaan.
Berita berkaitan
June 25, 2025, 8:13 pm
Kota Madani bakal jadi mercu tanda baharu, kenderaan hanya dibenar lalu bawah tanah sahaja
June 25, 2025, 5:55 pm
Pengerusi NGO di Melaka suspek utama seleweng dana RM26 juta - Azam Baki
June 25, 2025, 2:59 pm
Lelaki maut dihempap tembok ketika kerja perparitan
June 25, 2025, 2:49 pm
Andalusia nafi jemaah umrah terkandas, penerbangan ditunda akibat isu teknikal
June 25, 2025, 2:47 pm
11 syarikat kenderaan barangan 'simpan' lebih 1,000 saman tertunggak - Anthony Loke
June 25, 2025, 2:35 pm
Sokongan 55 peratus bukti keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Anwar – Farahida
June 25, 2025, 2:19 pm
Polis 3 daerah di Pahang bergabung kawal keselamatan jajaran ECRL, kes curi kabel
June 25, 2025, 2:05 pm