TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah terima suapan kereta mewah

By
|
Kongsi
image

AYER KEROH 26 Jun - Seorang pengarah urusan sebuah syarikat di Melaka yang juga bekas Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menerima suapan berupa sebuah kereta mewah jenis Range Rover Sport.

Tertuduh, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad, 61, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, beliau didakwa menerima kenderaan tersebut daripada seorang pengarah syarikat subkontraktor sebagai balasan kerana melantik syarikat berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja extraction, transporting and unloading sea sand di kawasan penyimpanan pasir laut bagi projek penambakan laut di Melaka.

Projek tersebut melibatkan kawasan penambakan seluas 220 ekar di Kota Laksamana, Melaka Tengah.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Datuk Ahmad Akram Gharib, manakala tertuduh diwakili peguam Md Yunos Shariff.

Mahkamah menetapkan 14 Ogos depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan mengekalkan jumlah jaminan sebanyak RM60,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan yang telah ditetapkan oleh Mahkamah Shah Alam pada 18 Jun lalu. – Media Telus

+ - reset