TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini

By
|
Kongsi
image

KUALA TERENGGANU 26 Jun - Operasi mencari dan menyelamat (Op Carilamat) seorang nelayan yang dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di perairan Kuala Terengganu pada Selasa lalu diteruskan hari ini dengan bantuan helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) jenis AW 139.

Pengarah Maritim Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, operasi hari kedua bagi mencari mangsa, Mohd Noor Abdullah, 54, bermula sekitar jam 7 pagi tadi dengan kekuatan 16 anggota penyelamat.

Operasi turut membabitkan penggunaan bot Penggalang 45 serta pasukan udara bagi memperluas skop pencarian di perairan Pulau Bidong, Kuala Nerus yang meliputi kawasan seluas 208.15 batu nautika.

“Maritim Malaysia turut menubuhkan pangkalan hadapan di Jeti Tok Jembal bagi menyelaras gerakan pencarian dan menerima sebarang maklumat daripada komuniti setempat secara terus.

“Kawasan pencarian turut diperluaskan di sekitar Pulau Bidong kerana ia sering menjadi lokasi tumpuan Mohd Noor menjalankan aktiviti menangkap ikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Mohd Noor dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya selepas keluar menangkap ikan kira-kira jam 2 petang pada Selasa lalu dan tidak pulang ke rumah. – Media Telus

+ - reset