TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Cebisan daging bertaburan atas jalan, pelajar Tingkatan 3 antara 2 maut lumba haram di SKVE

By
|
Kongsi
image

 

KLANG 26 Jun - Seorang pelajar tingkatan tiga antara dua lelaki yang maut selepas dipercayai terlibat dalam perlumbaan haram membabitkan empat buah motosikal di Kilometer 51.1 Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE) di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 15 dan 25 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi mangsa berusia 15 dan 24 tahun mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk rawatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika empat motosikal dari arah Laguna Park, Pulau Indah menghala ke Pulau Carey, sebelum Plaza Tol Pulau Indah.

“Kesemua motosikal dipercayai ditunggang secara laju serta bersaing antara satu sama lain sebelum dua daripadanya bergesel sesama sendiri dan terjatuh di atas jalan.

“Dua lagi motosikal yang datang dari arah belakang gagal membrek lalu merempuh motosikal yang telah terjatuh itu.

“Akibat kemalangan, dua mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mangsa cedera parah dan dihantar ke HTAR,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, insiden berkenaan tular di media sosial menerusi video berdurasi satu minit 30 saat yang memaparkan keadaan lokasi kejadian termasuk cebisan ketulan daging mangsa yang bertaburan di jalan.

 

+ - reset