Berita Berita
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000

TANGKAK 26 Jun - Seorang warga emas yang dipercayai aktif melakukan kegiatan pecah rumah sejak Mac lalu diberkas dalam satu operasi khas polis di Melaka, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib berkata, suspek berusia 60 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.10 petang di sebuah pangsapuri milik isterinya di Taman Kesidang, Melaka hasil risikan dan maklumat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak.
“Siasatan awal mendapati suspek bergerak secara bersendirian dan menyasarkan rumah mewah milik kaum Cina yang tidak berpenghuni, khususnya di kawasan Bukit Gambir dan Sungai Mati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Penahanan suspek membawa kepada rampasan pelbagai barangan mewah dan wang tunai yang dipercayai hasil kegiatan jenayah pecah rumah.
Antara barangan yang dirampas termasuk 19 beg tangan berjenama Louis Vuitton, beberapa jam tangan mewah jenama Patek Philippe, Omega dan Tag Heuer, selain wang tunai dalam pelbagai mata wang termasuk ringgit Malaysia, dolar Singapura, dolar Amerika Syarikat, yuan China dan baht Thailand.
Turut dirampas ialah peralatan dipercayai digunakan dalam kegiatan pecah rumah seperti pemutar skru, sarung tangan dan lampu suluh, serta sebuah kereta Hyundai Getz yang disita. Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan mencecah RM300,000.
Menurut Roslan, semakan mendapati suspek mempunyai 39 rekod jenayah lampau, kebanyakannya membabitkan kes pecah rumah di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.
“Ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Dia kini direman hingga 29 Jun bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun jika sabit kesalahan.
“Dengan tangkapan ini, polis percaya sekurang-kurangnya lapan kes pecah rumah di daerah Tangkak berjaya diselesaikan,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
June 26, 2025, 3:34 pm
AGC fail rayuan keputusan bebas Syed Saddiq
June 26, 2025, 2:32 pm
Cebisan daging bertaburan atas jalan, pelajar Tingkatan 3 antara 2 maut lumba haram di SKVE
June 26, 2025, 2:01 pm
Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:22 pm
MUDA tawar Syed Saddiq kembali terajui parti sebagai presiden
June 26, 2025, 12:47 pm