Berita Berita
Tidak perlu beratur, pas My50 boleh dibeli, diaktifkan secara digital mulai 1 Julai – Anthony Loke

KUALA LUMPUR 26 Jun - Prasarana bersama Kumpulan Touch n Go hari ini mengumumkan bahawa Pas Perjalanan Tanpa Had My50 kini boleh dibeli dan diaktifkan secara digital melalui aplikasi TNG eWallet mulai 1 Julai ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, melalui inisiatif itu pengguna tidak lagi perlu beratur di kaunter bagi urusan pembelian dan pengaktifan pas menggunakan MyKad, sebaliknya semua boleh dilakukan dengan mudah melalui telefon pintar.
“Inisiatif ini yang menelan kos RM2.75 juta adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mempertingkatkan kemudahan dan pengalaman pengguna pengangkutan awam.
“Semua pengguna Pas My50, sama ada sedia ada atau baharu, boleh menggunakan aplikasi TNG eWallet bagi memperbaharui pas mereka.
“Dengan pendigitalan ini, pengguna boleh disahkan sebagai warganegara Malaysia melalui proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Secara Elektronik) dan seterusnya memperbaharui Pas My50 mereka melalui aplikasi dengan menggunakan kad Touch n Go yang dilengkapi ciri NFC,” katanya pada majlis pelancaran inisiatif itu di KL Sentral, hari ini.
Loke berkata, pihaknya kerap menerima aduan pengguna yang terpaksa beratur panjang di kaunter Rapid KL, dengan tempoh menunggu mencecah sehingga 45 minit pada waktu puncak.
“Menerusi pendigitalan My50 ini, saya yakin selepas ini tiada lagi isu pelanggan terpaksa beratur lama,” katanya.
Beliau berkata, langkah itu sejajar aspirasi pendigitalan perkhidmatan pengangkutan awam negara dan menyokong agenda penggunaan tanpa tunai.
Bagaimanapun, katanya, pilihan untuk memperbaharui pas My50 menggunakan MyKad di kaunter masih dikekalkan bagi pengguna yang belum bersedia beralih ke platform digital.
Loke turut memberi jaminan bahawa bekalan kad Touch n Go dengan ciri NFC adalah mencukupi dan orang ramai tidak perlu bimbang atau berebut untuk mendapatkannya.
Berita berkaitan
June 26, 2025, 3:34 pm
AGC fail rayuan keputusan bebas Syed Saddiq
June 26, 2025, 2:32 pm
Cebisan daging bertaburan atas jalan, pelajar Tingkatan 3 antara 2 maut lumba haram di SKVE
June 26, 2025, 2:01 pm
Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut
June 26, 2025, 1:38 pm
Operasi cari nelayan hilang di perairan Kuala Terengganu diteruskan hari ini
June 26, 2025, 1:33 pm
Steven Sim tidak berganjak lawan Zaharuddin isu pelantikan Johnny Lim
June 26, 2025, 1:28 pm
Warga emas aktif pecah rumah diberkas, polis rampas barangan mewah bernilai RM300,000
June 26, 2025, 1:22 pm
MUDA tawar Syed Saddiq kembali terajui parti sebagai presiden
June 26, 2025, 12:47 pm