TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dijel sebulan tunggang basikal hingga sebabkan kemalangan maut

By
|
Kongsi
image

 

 

SEREMBAN 26 Jun - Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah menunggang basikal secara cuai hingga menyebabkan kemalangan maut pada Mac tahun lalu.

Majistret Nurul Azuin Mohd Talhah menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, K Selva Natchathiram, 56, dan memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan iaitu pada 29 Mei 2025.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menunggang basikal tanpa cermat di jalan raya sehingga menyebabkan kemalangan di hadapan sebuah pasar raya di Taman Desa Anggerik pada 27 Mac 2024, kira-kira jam 2.55 petang.

Tindakan tertuduh menyebabkan berlaku perlanggaran dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan, mengakibatkan penunggang motosikal berusia 28 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) dibaca bersama Seksyen 54(1) dan dihukum di bawah Seksyen 54(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang memperuntukkan hukuman denda antara RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon dikenakan hukuman penjara kerana tidak mampu membayar denda memandangkan hanya bekerja sebagai pengawal keselamatan.

+ - reset