Berita Jenayah
Suspek bunuh penuntut IPTS guna kad ATM mangsa untuk keluarkan wang - Polis

KUALA LUMPUR 27 Jun - Polis mengesan suspek kes pembunuhan seorang penuntut wanita universiti swasta di Cyberjaya melakukan beberapa transaksi pengeluaran wang menggunakan kad ATM milik mangsa sejurus selepas kejadian bunuh berlaku.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, siasatan mendapati terdapat lima hingga enam transaksi dibuat suspek di sekitar ibu negara menggunakan kad perbankan milik mangsa.
“Berdasarkan siasatan kita, suspek lelaki terbabit mula membuat pengeluaran wang tidak lama selepas mangsa dibunuh. Kad perbankan mangsa merupakan antara barang berharga yang dilaporkan hilang,” katanya kepada Berita Harian, hari ini.
Antara barangan lain yang turut dilaporkan hilang termasuk komputer riba, telefon bimbit dan sejumlah wang tunai.
“Ketika ini, kami sedang menjalankan siasatan terperinci bagi mengenal pasti identiti suspek dan mengesan keberadaannya. Siasatan lanjut sedang dijalankan, dan kami mohon diberi ruang untuk melengkapkan siasatan,” tambahnya.
Dalam masa sama, pihak polis turut merakam keterangan beberapa saksi yang dipercayai dapat membantu siasatan.
Mangsa yang berusia 20 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak, merupakan pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi. Dia ditemui tidak bernyawa di dalam bilik kediamannya di Mutiara Ville, Cyberjaya sekitar jam 10 pagi kelmarin.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa mengalami kecederaan ketara di kepala dipercayai akibat hentakan objek tumpul. Tiada kesan pecah masuk dikesan di unit kediaman mangsa.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Berita berkaitan
June 27, 2025, 5:05 pm
Lelaki maut ditikam rakan serumah akibat perselisihan isu bilik bersepah
June 24, 2025, 3:10 pm
Buruh liwat OKU lembam dalam bilik air dipenjara 6 tahun, sebatan
June 23, 2025, 12:22 pm
Polis siasat dakwaaan remaja didera secara seksual dalam video tular
June 23, 2025, 8:51 am
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan
June 22, 2025, 9:39 am
Dua lelaki cuba samun kedai mi di Ulu Yam, polis giat buru suspek
June 20, 2025, 7:47 pm
Lelaki maut ditembak dalam kenderaan di Meru, Klang
June 20, 2025, 2:13 pm
Guru tuisyen didakwa masuk tangan dalam baju murid perempuan 11 tahun
June 20, 2025, 1:26 pm
Suami, isteri ditahan aktif edar dadah sejak 9 tahun lalu di Sepang
June 20, 2025, 10:54 am