TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Jenayah

Lelaki maut ditikam rakan serumah akibat perselisihan isu bilik bersepah

By
|
Kongsi
image

SUNGAI BULOH 27 Jun - Seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam rakan serumah dalam satu pertengkaran berkaitan isu bilik bersepah di sebuah rumah di Kampung Kubu Gajah, Sungai Pelong.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua lelaki itu berasal dari Kelantan dan telah tinggal bersama sejak enam bulan lalu.

“Pertengkaran tercetus antara mereka disebabkan isu domestik berkaitan bilik yang bersepah.

“Dalam pergelutan tersebut, mangsa berusia 33 tahun telah ditikam dengan sebilah pisau oleh suspek yang berusia 40 tahun sehingga maut,” katanya hari ini.

Menurut beliau, ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan kini direman selama enam hari sehingga 1 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Mangsa dilaporkan baru berpindah dari Kelantan dan ditemui mati dengan kesan tikaman di bahagian dada, dipercayai akibat pergaduhan dengan rakan serumahnya. - Media Telus.

+ - reset