Berita Berita
Harga runcit RON97, diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen

KUALA LUMPUR 3 Julai - Harga runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung Malaysia turun tiga sen iaitu masing-masing ditetapkan pada RM3.18 dan RM2.85 seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Julai.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, harga runcit petrol RON95 kekal RM2.05 seliter manakala harga diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan turut kekal pada RM2.15 seliter.
MOF menjelaskan, penetapan kadar itu berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan yang menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).
"Kerajaan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit RON97 dan diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dunia, serta menyokong kestabilan harga," menurut kenyataan itu.
Menurut MOF, kerajaan juga akan mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. - Media Telus
Berita berkaitan
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm
Jovian Mandagie kini diisytihar muflis, gagal bayar pinjaman RM5.28 juta
July 3, 2025, 2:18 pm
Ejen tarik kereta ditahan halang laluan lebuh raya berhampiran R&R Pedas-Linggi
July 3, 2025, 12:22 pm