Berita Berita
Pusat 'car wash' di JB hampir lumpuh, 147 PATI ditahan

JOHOR BAHRU 3 Julai – Operasi pusat mencuci kenderaan di sekitar bandar raya ini hampir lumpuh selepas seramai 150 individu termasuk 147 warga asing ditahan dalam satu operasi bersepadu yang dijalankan semalam.
Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mereka yang ditahan berusia antara 21 hingga 57 tahun dan bekerja di 64 premis mencuci kenderaan sekitar bandar ini.
Menurut beliau, operasi berkenaan dilaksanakan bagi memastikan pematuhan terhadap undang-undang oleh pengusaha premis serta bagi membanteras kegiatan pendatang asing tanpa izin (PATI).
“Tangkapan dibuat mengikut pelbagai peruntukan undang-undang termasuk Seksyen 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tiada dokumen perjalanan sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.
“Siasatan turut dijalankan di bawah Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Tambahnya, operasi bersepadu itu turut menyasarkan pelbagai kesalahan lain seperti penyambungan bekalan air secara haram oleh premis tidak berlesen.
Dalam operasi sama, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) turut mengeluarkan kompaun ke atas pengusaha yang gagal memaparkan papan tanda, memiliki lesen tamat tempoh dan tidak mencatat nama perakuan perniagaan.
Selain itu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut mengenakan kompaun atas kesalahan gagal mempamerkan tanda harga, manakala pihak berkuasa tempatan (PBT) turut bertindak menyita peralatan serta mengeluarkan kompaun ke atas premis yang beroperasi secara haram.
Operasi ini dilihat sebagai tindakan tegas pihak berkuasa terhadap pengusaha premis yang tidak mematuhi undang-undang serta menyalahgunakan tenaga kerja asing secara tidak sah.
Berita berkaitan
July 3, 2025, 6:41 pm
MAIPk sahkan lelaki OKU tular terima bantuan tetap sejak 2016
July 3, 2025, 6:08 pm
Pegawai, anggota SPRM gemuk tidak akan dinaikkan pangkat - Azam Baki
July 3, 2025, 5:18 pm
Pemandu bot tragedi Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm