Berita Berita
Anwar adakan pertemuan dengan komuniti Islam Itali, tekankan nilai kesederhanaan

ROM 3 Julai – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan pertemuan bersama komuniti Islam di Itali dalam usaha memperkukuh hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan komuniti Islam antarabangsa.
Pertemuan itu melibatkan Naib Presiden Persatuan Komuniti Islam Itali (COREIS), Imam Yahya Pallavicini, serta Setiausaha Agung Pusat Kebudayaan Islam Itali – Masjid Besar Rom, Abdellah Redouane.
Menurut Anwar, pertemuan berkenaan membuka ruang untuk perbincangan serta pertukaran pandangan berkaitan usaha memperkukuh pembangunan ummah, termasuk menangani isu Islamofobia secara bijaksana dan berhemah.
“Saya tekankan komitmen Malaysia dalam memartabatkan Islam yang menekankan nilai kesederhanaan, toleransi dan keharmonian menerusi pendidikan, dakwah serta kerjasama antarabangsa dengan komuniti Islam di Itali,” katanya selepas pertemuan itu.
Sebagai tanda persaudaraan, Anwar turut menyampaikan sumbangan kepada komuniti Islam di Rom serta menyerahkan senaskhah al-Quran edisi khas, selain 10 naskhah terjemahan dalam bahasa Itali sebagai simbol penyebaran ilmu dan ukhuwah.
Difahamkan, terdapat kira-kira 2.7 juta penduduk beragama Islam di Itali. – Media Telus
Berita berkaitan
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm
Jovian Mandagie kini diisytihar muflis, gagal bayar pinjaman RM5.28 juta
July 3, 2025, 2:18 pm
Ejen tarik kereta ditahan halang laluan lebuh raya berhampiran R&R Pedas-Linggi
July 3, 2025, 12:22 pm