Berita Berita
Hasnah jalankan tugas Ketua Hakim Negara sehingga pengganti dilantik

KUALA LUMPUR 3 Julai – Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, akan menjalankan kuasa dan tugas jawatan Ketua Hakim Negara, termasuk fungsinya di bawah Perlembagaan, sehingga jawatan itu diisi secara rasmi.
Menurut kenyataan Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan hari ini, pelantikan sementara itu adalah selaras dengan Perkara 131A Perlembagaan Persekutuan serta peruntukan Seksyen 9(1)(b) dan Seksyen 9(3) Akta Mahkamah Kehakiman 1964 [Akta 91].
“Badan kehakiman Malaysia sentiasa kekal teguh dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjaga keadilan dan akan terus berkhidmat dengan penuh dedikasi untuk rakyat dan negara,” menurut kenyataan itu.
Hasnah, yang sepatutnya bersara wajib pada usia 66 tahun pada 15 Mei lalu, telah disambung perkhidmatannya selama enam bulan hingga 14 November ini.
Jawatan Ketua Hakim Negara kini kosong susulan persaraan Tun Tengku Maimun Tuan Mat semalam. Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tertinggi dalam badan kehakiman negara dan telah dilantik sebagai Ketua Hakim Negara pada 2 Mei 2019 bagi menggantikan Tan Sri Richard Malanjum. – Media Telus
Berita berkaitan
July 3, 2025, 5:18 pm
Pemandu bot tragedi Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm
Jovian Mandagie kini diisytihar muflis, gagal bayar pinjaman RM5.28 juta
July 3, 2025, 2:18 pm