TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiga suspek bunuh penuntut wanita disambung reman hingga 10 Julai

By
|
Kongsi
image

SEPANG 3 Julai – Tiga suspek kes pembunuhan seorang penuntut wanita universiti swasta di Cyberjaya pada 24 Jun lalu disambung reman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketiga-tiga suspek tiba di Mahkamah Majistret Sepang sekitar jam 8.40 pagi menaiki kenderaan polis dengan berpakaian lokap dan bergari.

Majistret Khairatul Animah Jelani membenarkan permohonan reman bermula hari ini sehingga 10 Julai bagi membantu siasatan lanjut berhubung kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan seorang penuntut Ijazah Sarjana Muda Fisioterapi, Maniishapriet Kaur, 20, yang berasal dari Sarawak, ditemui mati dalam bilik asrama unit kondominiumnya di Cyberjaya pada jam 10 pagi, 24 Jun lalu oleh seorang rakan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata suspek utama dipercayai beberapa kali bermalam bersama kekasihnya di unit kediaman berkenaan.

Siasatan mendapati, rakan serumah mangsa yang juga kekasih kepada suspek utama telah menyerahkan kad akses dan kunci rumah kepada lelaki terbabit sebelum kejadian berlaku.

Pada 27 Jun lalu, media melaporkan tiga suspek kes itu direman tujuh hari sehingga 3 Julai sebelum disambung hari ini. – Media Telus

+ - reset