Berita Berita
'Lebih 17,000 penjawat awam sedang tunggu rumah, projek Kota MADANI akan diteruskan' – Dr Zaliha

KUALA LUMPUR 3 Julai – Projek pembangunan Kota MADANI di Presint 19 tidak wajar ditangguhkan memandangkan ia memainkan peranan penting dalam menyelesaikan isu perumahan melibatkan penjawat awam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.
Menurut beliau, cadangan pihak pembangkang untuk menangguhkan projek berkenaan tidak relevan memandangkan keperluan mendesak terhadap kediaman mampu milik di Putrajaya.
"Kota MADANI adalah satu keperluan. Hingga kini seramai 17,000 orang penjawat awam sedang menunggu untuk memiliki rumah.
"Maka 10,000 unit yang kita bina di Kota MADANI ini sedikit sebanyak membantu untuk menyelesaikan masalah rumah ataupun kuarters yang diperlukan oleh penjawat awam," katanya.
Beliau turut menekankan keperluan menyediakan persekitaran selesa untuk warga kerja sektor awam yang merupakan majoriti penduduk di Putrajaya.
"Sebab kita tahu bahawa di Putrajaya khususnya, seramai 60 peratus daripada penduduk di wilayah itu adalah dalam kalangan penjawat awam.
"Maka kita perlu memberikan keselesaan kepada mereka. Jadi saya tak setuju jika dinyatakan bahawa ia harus dilewatkan pembinaan," katanya selepas menghadiri Majlis Pelancaran Mata Hati Wilayah di Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, hari ini.
Terdahulu, Ketua Pemuda PAS, Afnan Hamimi Taib Azamudden mencadangkan agar pembinaan Kota MADANI ditangguhkan, memandangkan bebanan kewangan negara yang semakin meningkat dan tekanan ekonomi yang dihadapi rakyat ketika ini.
Afnan turut mempersoalkan keperluan projek bernilai RM4 bilion itu ketika rakyat sedang berdepan kos sara hidup yang tinggi, kenaikan cukai, pemotongan subsidi dan ketidaktentuan ekonomi global.
Untuk rekod, projek Kota MADANI dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu sebagai inisiatif mega pembangunan bandar pintar berteraskan elemen mesra rakyat dan mesra alam.
Ia akan dilaksanakan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH) melalui model kerjasama awam-swasta berkonsepkan build, lease, maintain and transfer (Bina-Pajak-Selenggara-Pindah - BLMT), tanpa melibatkan sebarang peruntukan kerajaan pada peringkat awal.
Berita berkaitan
July 3, 2025, 6:41 pm
MAIPk sahkan lelaki OKU tular terima bantuan tetap sejak 2016
July 3, 2025, 6:08 pm
Pegawai, anggota SPRM gemuk tidak akan dinaikkan pangkat - Azam Baki
July 3, 2025, 5:18 pm
Pemandu bot tragedi Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm