TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tiba giliran Kelantan, Pengarah Agensi Kerajaan Persekutuan bakal didakwa kes rasuah, salah guna kuasa

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 3 Julai – Seorang pengarah sebuah agensi Kerajaan Persekutuan di Kelantan bakal didakwa di mahkamah dalam masa terdekat atas beberapa pertuduhan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, individu berkenaan dipercayai terlibat dalam beberapa kesalahan serius termasuk membuat tuntutan palsu, menyalahgunakan kuasa serta meminta dan menerima rasuah.

"Suspek merupakan seorang pengarah yang dijangka bersara tidak lama lagi.

"Siasatan telah selesai dan individu terbabit akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain, yang turut menyaksikan sesi penyerahan tugas kepada Pengarah baharu SPRM Kelantan, Azmin Yusuff.

+ - reset