TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tragedi Putra Heights: 'Kalau ada pihak yang tak puas hati, boleh semak dan teliti semula laporan' - MB Selangor

By
|
Kongsi
image

CYBERJAYA 3 Julai – Kerajaan Negeri Selangor menegaskan bahawa siasatan insiden letupan paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu dijalankan secara profesional tanpa sebarang campur tangan mana-mana pihak.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri tidak terlibat dalam siasatan yang dijalankan oleh pihak berkuasa, melibatkan 212 individu dipanggil sebagai saksi.

"Laporan ini akan dibuka kepada orang awam selepas mendapat kebenaran," katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran Program Publisiti dan Penyertaan Awam Bagi Draf Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2035 (Penggantian), hari ini.

Menurut beliau, wujud dakwaan kononnya laporan siasatan berkenaan cuba disorok atau dimanipulasi, namun beliau menegaskan ia dijalankan secara saintifik dan telus.

"Siasatan dilakukan secara saintifik dan profesional. Sekiranya ada pihak yang tidak berpuas hati, mereka boleh menyemak dan meneliti semula laporan tersebut," katanya.

Sebelum ini, Pertubuhan Kebajikan Penduduk Kampung Kuala Sungai Baru (KKSB) menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap hasil laporan siasatan dan menggesa agar satu badan penyiasat bebas ditubuhkan bagi memastikan ketelusan dalam mencari keadilan untuk mangsa.

Setiausaha KKSB, Mohd Badly Nordin turut mempersoalkan keputusan "tiada tindakan lanjut" (NFA) yang menurutnya seolah-olah menafikan hak mangsa untuk mendapatkan pembelaan sewajarnya.

+ - reset