Berita Berita
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska

NIBONG TEBAL 3 Julai – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun melalui detik mencemaskan apabila kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Taman Jawi Indah, pagi tadi.
Difahamkan, insiden berlaku ketika mangsa sedang bermain di kawasan berkenaan sebelum kepalanya tersepit dan terperangkap selama kira-kira 10 minit.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.27 pagi.
"Bomba yang tiba di lokasi tujuh minit kemudian berjaya mengeluarkan kepala kanak-kanak itu daripada besi penghadang dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan serius," katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, operasi menyelamat dijalankan oleh sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal dan ditamatkan sepenuhnya pada jam 8.49 pagi.
Mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan kini selamat bersama penjaganya.
Berita berkaitan
July 3, 2025, 6:41 pm
MAIPk sahkan lelaki OKU tular terima bantuan tetap sejak 2016
July 3, 2025, 6:08 pm
Pegawai, anggota SPRM gemuk tidak akan dinaikkan pangkat - Azam Baki
July 3, 2025, 5:18 pm
Pemandu bot tragedi Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah
July 3, 2025, 3:50 pm