Berita Berita
Pegawai, anggota SPRM gemuk tidak akan dinaikkan pangkat - Azam Baki

KOTA BHARU 3 Julai – Bermula Januari 2026, anggota dan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak menepati Indeks Jisim Badan (BMI) 27 tidak akan layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, tempoh enam bulan diberikan bermula sekarang kepada semua warga SPRM untuk mencapai berat badan ideal sebagai usaha mencegah masalah obesiti dalam kalangan penjawat awam.
“Tiada kenaikan pangkat kepada anggota dan pegawai SPRM yang melebihi BMI 27 bermula Januari tahun depan.
“Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah melaksanakan arahan BMI 26. Jadi, kita laksanakan di SPRM kerana SPRM merupakan satu jabatan yang penting dalam kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Persaraan-Bakti Disanjung, Budi Dijunjung Sempena Persaraan Pengarah SPRM Kelantan, Rosli Husain di Kompleks SPRM Kelantan, hari ini.
Tambah Azam, semua bahagian SPRM, sama ada di ibu pejabat mahupun di peringkat negeri, juga diarahkan menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tiga bulan di hospital kerajaan.
“Penjawat awam yang ada masalah berat badan sudah tentu akan ada banyak penyakit. Obesiti dalam perkhidmatan awam perlu dicegah dan tidak patut ada.
“Apabila anggota dan pegawai SPRM mempunyai berat badan yang baik dan berketerampilan, ia lebih memudahkan penyampaian segala aspek kerja kepada orang awam,” katanya.
Berita berkaitan
July 3, 2025, 6:41 pm
MAIPk sahkan lelaki OKU tular terima bantuan tetap sejak 2016
July 3, 2025, 5:18 pm
Pemandu bot tragedi Pulau Perhentian mengaku bersalah ambil dadah
July 3, 2025, 4:06 pm
Budak perempuan 2 tahun tahan sakit kepala tersepit celah besi di taska
July 3, 2025, 3:50 pm