TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki maut kereta terbabas langgar tiang elektrik di Pasir Puteh

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 4 Julai – Seorang lelaki berusia 25 tahun maut selepas kereta yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik di Jalan Cherang Ruku – Telaga Papan, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Cherang Ruku, Pasir Puteh, Kelantan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 7 pagi semalam dan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Telaga Papan menuju ke Cherang Ruku sebelum dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar tiang elektrik.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi talian 016-5072413 bagi membantu siasatan. - Media Telus

+ - reset