Berita Berita
Bapa didakwa amang seksual, seks luar tabii anak kandung 12 tahun dalam rumah di Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU 4 Julai - Seorang lelaki berusia 34 tahun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas lima pertuduhan melakukan amang seksual dan persetubuhan luar tabii terhadap anak kandungnya yang berusia 12 tahun, pada April lalu.
Dalam laporan Sinar Harian, tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nazlyza Mohamad Nazri.
Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa melakukan hubungan seksual terhadap mangsa yang juga anak perempuannya di dalam bilik tidur mangsa, kira-kira jam 8 pagi dan 2 pagi pada April lalu.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun, serta tidak kurang enam sebatan, jika sabit kesalahan.
Tertuduh turut berdepan pertuduhan ketiga dan kelima mengikut Seksyen 377CA Kanun Keseksaan atas perbuatan persetubuhan luar tabii.
Perbuatan itu didakwa dilakukan pada waktu tengah hari di dalam bilik air rumah mangsa, dan sekali lagi kira-kira jam 8 pagi di bilik tidur mangsa pada bulan yang sama.
Bagi kesalahan ini, tertuduh berdepan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 30 tahun, serta boleh dikenakan sebatan.
Sementara itu, bagi pertuduhan keempat, tertuduh didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa, dan pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara antara 10 hingga 30 tahun serta tidak kurang enam kali sebatan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nur Anith Nabilah Rusli, tidak mencadangkan jaminan diberikan bagi kesemua lima pertuduhan yang dihadapi tertuduh.
Namun, mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM60,000 oleh dua orang penjamin dan menetapkan 3 Ogos depan bagi sebutan semula kes serta penyerahan dokumen.
Berita berkaitan
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm
Urusan lesen jual vape, e-rokok bawah bidang kuasa kerajaan negeri, PBT - KKM
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm
MOF beri kelonggaran pengisian penyata SST secara manual sehingga September
July 4, 2025, 12:37 pm