Berita Berita
Kelas khas murajaah hafazan akan diperkenalkan di semua institusi pendidikan MARA - Asyraf Wajdi

KUALA LUMPUR 4 Julai – Semua 344 Institusi Pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) bakal melaksanakan kelas khas murajaah (ulangkaji) hafazan al-Quran sebagai inisiatif memperkukuh keseimbangan antara pendidikan akademik, kemahiran teknikal dan pemeliharaan hafazan pelajar.
Pengerusi MARA, Datuk Seri Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata langkah itu diambil bagi memastikan pelajar yang merupakan golongan huffaz tidak melupakan apa yang telah mereka hafal, terutamanya ketika mengikuti program pendidikan lain.
“Kelas khas ini untuk para huffaz yang mengikuti program-program akademik dan teknikal di Institusi Pendidikan MARA (IPMA). Seringkali para pelajar yang telah khatam hafazan Quran lupa apa yang telah dihafal.
“Program seperti ini penting untuk memastikan kelangsungan dan kelestarian hafazan para pelajar huffaz supaya mereka tidak lupa apa yang telah dihafal,” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.
Tambah beliau, usaha itu juga adalah sebahagian daripada komitmen MARA dalam merealisasikan misi dan visi Dasar Tahfiz Negara yang menyasarkan melahirkan 125,000 huffaz profesional menjelang tahun 2050.
Berita berkaitan
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm
Baru beberapa hari beroperasi, Aerotrain KLIA dilaporkan rosak semula
July 4, 2025, 3:48 pm
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000
July 4, 2025, 3:20 pm
Urusan lesen jual vape, e-rokok bawah bidang kuasa kerajaan negeri, PBT - KKM
July 4, 2025, 12:55 pm
'Berat nanang', makin ramai remaja gemuk, hisap vape di Terengganu - JKNT
July 4, 2025, 12:43 pm