Berita Berita
Warga emas cubit lengan budak dalam surau hingga cedera kena denda RM2,000

SHAH ALAM 4 Julai – Seorang lelaki warga emas menerima padah selepas mencubit lengan seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan kecederaan ketika berada di dalam sebuah surau, apabila Mahkamah Majistret di sini hari ini mengenakan denda RM2,000 ke atasnya.
Hukuman itu dijatuhkan Majistret Ameera Mastura Khamis selepas tertuduh, Ismail Hadi, 67, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.
Ismail didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun di sebuah surau di Seksyen 26, di sini, pada jam kira-kira 8.45 malam, 31 Mei lalu.
Tindakan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Peguam Shalehhuddin Salam dan Ainul Farihah Azizi yang mewakili Ismail dalam rayuan mereka memohon hukuman ringan dengan alasan ini adalah kesalahan pertama anak guam mereka yang mempunyai tujuh anak dan tidak lagi bekerja.
“Anak guam kami tidak lagi bekerja. Jadi, mohon hukuman ringan berupa denda seminimumnya,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Aliaanisa Khairus Masnan memohon agar mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan orang awam..
Berita berkaitan
July 4, 2025, 8:51 pm
HRD Corp lancar National Training Index 2024, penanda aras baharu pembangunan kemahiran
July 4, 2025, 8:23 pm
'See you in court' - Steven Sim
July 4, 2025, 8:17 pm
KKM akui kelemahan lantik tauke vape jadi ALPH
July 4, 2025, 6:56 pm
Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam
July 4, 2025, 6:48 pm
Trak tentera terjunam ke tasik di Gerik, tiada kecederaan dilaporkan
July 4, 2025, 6:29 pm
Semakan SST bukan alasan naik harga bilik hotel – MOF
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm