Berita Berita
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10

KUALA LUMPUR 4 Julai – Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dilantik sebagai Penasihat Strategik Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) bersempena sambutan ulang tahun ke-10 agensi berkenaan malam tadi.
Pelantikan itu diumumkan menerusi platform media sosial rasmi SIDEC dan disahkan beberapa portal berita tempatan, meskipun kenyataan penuh masih belum dimuat naik di laman rasmi agensi berkenaan.
Difahamkan, Nurul Izzah dilantik atas kapasitinya sebagai Pengerusi Eksekutif Polity, sebuah badan pemikir yang memberi tumpuan kepada pembangunan dasar awam, kemampanan ekonomi dan reformasi institusi.
Turut dilantik sebagai Penasihat Strategik ialah dua tokoh teknologi global – Datuk Lai Yit Loong, bekas Naib Presiden NVIDIA dan Foxconn serta Dr Chiang Shang-Yi yang juga Pengarah Foxconn.
Menurut kenyataan dikongsi dalam laporan media, pelantikan mereka bertujuan memberi input strategik dalam membentuk dasar transformasi digital dan pembangunan teknologi tinggi di Selangor.
“Langkah ini mencerminkan komitmen Selangor untuk menjadi hab inovasi serantau serta mempercepat pembangunan ekosistem semikonduktor negara,” menurut kenyataan itu.
SIDEC, anak syarikat milik penuh Invest Selangor Berhad, ditubuhkan bagi memacu transformasi digital negeri melalui tiga teras utama iaitu e-dagang, pembangunan syarikat pemula (startup), serta inisiatif bandar pintar dan digitalisasi.
Sambutan ulang tahun ke-10 itu turut diserikan dengan kehadiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menyampaikan amanat berkaitan hala tuju ekonomi digital negeri. - Media Telus
Berita berkaitan
July 4, 2025, 8:51 pm
HRD Corp lancar National Training Index 2024, penanda aras baharu pembangunan kemahiran
July 4, 2025, 8:23 pm
'See you in court' - Steven Sim
July 4, 2025, 8:17 pm
KKM akui kelemahan lantik tauke vape jadi ALPH
July 4, 2025, 6:56 pm
Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam
July 4, 2025, 6:48 pm
Trak tentera terjunam ke tasik di Gerik, tiada kecederaan dilaporkan
July 4, 2025, 6:29 pm
Semakan SST bukan alasan naik harga bilik hotel – MOF
July 4, 2025, 4:22 pm