TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam

By
|
Kongsi
image

SUBANG JAYA 4 Julai – Seorang lelaki berusia 27 tahun cedera parah selepas dipercayai bertindak terjun ke landasan LRT ketika sebuah tren menghampiri platform di Stesen Subang Alam, Putra Heights, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam yang menghubungi Pusat Kawalan Daerah pada jam 8.10 pagi, Jumaat.

“Siasatan awal melalui keterangan saksi dan semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati mangsa dengan sengaja terjun ke landasan ketika tren sedang menghampiri platform,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, mangsa yang merupakan warga tempatan dan masih bujang mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala, muka, tangan serta telinga, dan telah dihantar ke Hospital Klang untuk menerima rawatan.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis berhampiran atau Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03-7862 7222 / 03-7862 7100.

Sementara itu, polis turut menasihatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh membahayakan keselamatan diri serta orang lain. - Media Telus

+ - reset