Berita Berita
Trak tentera terjunam ke tasik di Gerik, tiada kecederaan dilaporkan

GERIK 4 Julai – Sebuah trak tentera seberat tiga tan milik Batalion Ke-9 Rejimen Askar Melayu Diraja (Para) terjunam ke dalam tasik di kawasan Kem Sri Banding, di sini, semalam.
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 2.50 petang di kawasan jeti bot kem berkenaan ketika trak terbabit sedang menunggu untuk mengambil anggota.
Menurut beliau, siasatan awal mendapati sistem brek kenderaan dipercayai gagal berfungsi sehingga menyebabkan trak bergerak tanpa kawalan sebelum sebahagiannya tenggelam ke dalam tasik.
“Tiga anggota berada dalam kenderaan semasa kejadian, namun mereka sempat keluar dan menyelamatkan diri sebelum trak dipenuhi air. Tiada kecederaan dilaporkan,” katanya.
Tambah Noor Hisam, tiada sebarang senjata atau peralatan yang hilang dalam insiden itu.
Operasi menyelamat dilaksanakan oleh Rejimen Askar Melayu Diraja Ke-15 dengan bantuan Unit Bengkel Ke-2. Bagaimanapun, tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian tersebut. - Media Telus
Berita berkaitan
July 4, 2025, 8:51 pm
HRD Corp lancar National Training Index 2024, penanda aras baharu pembangunan kemahiran
July 4, 2025, 8:23 pm
'See you in court' - Steven Sim
July 4, 2025, 8:17 pm
KKM akui kelemahan lantik tauke vape jadi ALPH
July 4, 2025, 6:56 pm
Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam
July 4, 2025, 6:29 pm
Semakan SST bukan alasan naik harga bilik hotel – MOF
July 4, 2025, 6:02 pm
Nurul Izzah dilantik Penasihat Strategik SIDEC sempena ulang tahun ke-10
July 4, 2025, 4:22 pm