TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Pelajar tingkatan empat maut motosikal terbabas di Shah Alam

By
|
Kongsi
image

SHAH ALAM 5 Julai – Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Persiaran Sukan, Seksyen 13, di sini pada Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.45 malam itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala rakannya yang menunggang bersama mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seksyen 9 itu dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi jalan.

“Akibat kemalangan tersebut, penunggang dan pembonceng tercampak ke atas jalan. Penunggang mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan maut di tempat kejadian.

“Pembonceng pula mengalami kecederaan di leher dan luka di kaki, dan telah dibawa ke Hospital Shah Alam untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai atau mana-mana saksi bebas yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875. – Media Telus.

+ - reset