Berita Berita
Tujuh cedera ringan bas ekspres langgar palang had ketinggian di Nilai

NILAI 5 Julai – Tujuh individu termasuk pemandu cedera ringan selepas sebuah bas ekspres yang dinaiki mereka melanggar palang had ketinggian dalam kejadian di Jalan Arab Malaysian, di sini malam tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Bomba Kanan I Azmi Hamid berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden itu kira-kira jam 10.30 malam.
Menurut beliau, kejadian membabitkan empat lelaki dan tiga wanita berusia lingkungan 30 hingga 50-an.
“Bas yang membawa 19 penumpang itu dipercayai dalam perjalanan dari Kajang, Selangor ke Melaka. Kesemua mangsa yang cedera menerima rawatan di zon hijau Hospital Serdang,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Tambah beliau, operasi penyelamatan melibatkan sembilan anggota bomba. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 5, 2025, 11:10 am
Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon
July 5, 2025, 10:58 am
Hamzah persoal keputusan kerajaan tidak sambung khidmat Ketua Hakim Negara
July 5, 2025, 10:12 am
Pelajar tingkatan empat maut motosikal terbabas di Shah Alam
July 4, 2025, 8:51 pm
HRD Corp lancar National Training Index 2024, penanda aras baharu pembangunan kemahiran
July 4, 2025, 8:23 pm
'See you in court' - Steven Sim
July 4, 2025, 8:17 pm
KKM akui kelemahan lantik tauke vape jadi ALPH
July 4, 2025, 6:56 pm
Lelaki cedera parah selepas terjun ke landasan LRT di Stesen Subang Alam
July 4, 2025, 6:48 pm
Trak tentera terjunam ke tasik di Gerik, tiada kecederaan dilaporkan
July 4, 2025, 6:29 pm