TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas

By
|
Kongsi
image

IPOH 5 Julai – Seorang peniaga air kelapa cedera selepas gerainya dirempuh sebuah kereta yang dipandu pasangan warga emas berhampiran Kuarters Polis Daerah Kuala Kangsar, pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian melibatkan seorang lelaki berusia 73 tahun yang memandu kereta jenis Proton Saga dan isterinya berusia 69 tahun, turut mengalami kecederaan.

Menurutnya, pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 11.35 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar digerakkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki pasangan itu terlebih dahulu melanggar sebuah kereta Honda City yang diletakkan di tepi jalan, sebelum terus merempuh gerai milik seorang wanita berusia 49 tahun,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua mangsa dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan, dan operasi menyelamat ditamatkan kira-kira 20 minit kemudian. – Media Telus.

+ - reset