Berita Berita
Calon SPM maut kemalangan dalam perjalanan ke kelas tambahan

HULU TERENGGANU 7 Julai – Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas dalam kejadian di Kilometer 37, Jalan Kuala Terengganu–Bukit Besi berhampiran Kampung Bukit Diman, Ajil, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Salahuddin Rosmadi, 17, mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa anggota badan.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Superintendan Sharudin Abdul Wahab berkata, mangsa yang merupakan pelajar Tingkatan Lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Diman dikatakan dalam perjalanan menghadiri kelas tambahan dari rumahnya di Taman Pertang Permai.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal jenis Honda EX5 yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.
“Mangsa dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan pada jam 10.48 pagi,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut Sharudin, mayat mangsa telah dihantar ke unit forensik hospital sama untuk tindakan lanjut. – Media Telus.
Berita berkaitan
July 5, 2025, 5:10 pm
Peniaga air kelapa cedera, gerai dirempuh kereta dipandu warga emas
July 5, 2025, 4:12 pm
Bas ekspres rempuh palang had ketinggian akibat terlalu bergantung aplikasi navigasi
July 5, 2025, 11:10 am
Polis siasat wanita tunggang motosikal lawan arus sambil pegang telefon
July 5, 2025, 10:58 am
Hamzah persoal keputusan kerajaan tidak sambung khidmat Ketua Hakim Negara
July 5, 2025, 10:35 am
Tujuh cedera ringan bas ekspres langgar palang had ketinggian di Nilai
July 5, 2025, 10:12 am
Pelajar tingkatan empat maut motosikal terbabas di Shah Alam
July 4, 2025, 8:51 pm
HRD Corp lancar National Training Index 2024, penanda aras baharu pembangunan kemahiran
July 4, 2025, 8:23 pm
'See you in court' - Steven Sim
July 4, 2025, 8:17 pm