Berita Berita
Malaysia penting buat India - Modi

KUALA LUMPUR 7 Julai – Perdana Menteri India, Narendra Modi mengangkat kepentingan Malaysia sebagai antara rakan utama negaranya dalam memperkukuh peranan serantau menerusi Visi MAHASAGAR dan Dasar Tindakan ke Timur India.
Visi MAHASAGAR, iaitu singkatan kepada Kemajuan Bersama dan Menyeluruh untuk Keselamatan dan Pertumbuhan Merentasi Rantau, adalah inisiatif baharu yang diumumkan Modi ketika lawatannya ke Mauritius pada 12 Mac lalu.
Visi ini merupakan lanjutan daripada dasar SAGAR yang diperkenalkan pada 2015 dan menjadi teras kepada kerjasama India di rantau Lautan Hindi sejak sedekad lalu.
Menerusi catatan di akaun rasmi X miliknya, @narendramodi, beliau memaklumkan telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 di Brazil.
Modi berkata, mereka telah menilai kemajuan dalam hubungan dua hala, termasuk perkembangan yang dicapai sejak lawatan Anwar ke India tahun lalu.
“Sektor berimpak tinggi seperti teknologi maklumat, tenaga boleh baharu dan infrastruktur menunjukkan pertumbuhan yang memberangsangkan dalam kerjasama antara Malaysia dan India.
“Kami turut membincangkan langkah-langkah untuk memperkukuh hubungan pelaburan dan perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.
Malaysia menghadiri sidang tersebut sebagai negara rakan BRICS dan dalam kapasiti sebagai Pengerusi ASEAN 2025.
Sidang itu menghimpunkan ketua negara dan kerajaan dari negara anggota serta negara rakan BRICS.
Pada asalnya BRICS dibentuk oleh Brazil, Rusia, India dan China, sebelum Afrika Selatan menyertai pada 2011. Tahun 2023 menyaksikan penyertaan Mesir, Ethiopia, Iran, Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE), dan Indonesia pula diterima secara rasmi sebagai anggota penuh pada Januari 2025.
Malaysia termasuk dalam kalangan 10 negara yang diterima sebagai rakan BRICS, bersama Belarus, Bolivia, Kazakhstan, Cuba, Nigeria, Thailand, Vietnam, Uganda dan Uzbekistan.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 5:33 pm
Beban guru makin teruk, NUTP desak KPM tubuh jawatankuasa khas
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm