Berita Berita
Lelaki Pakistan minta ambil barang, tempah e-hailing sebelum cabul, liwat 4 budak, remaja di Shah Alam

SHAH ALAM 7 Julai – Seorang lelaki warga Pakistan dikenali sebagai Muhammad Hassan kini diburu pihak polis selepas dipercayai mencabul dan meliwat empat kanak-kanak serta remaja lelaki berusia antara sembilan hingga 19 tahun di sekitar Seksyen 27 dan Seksyen 28, di sini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan awal mendapati suspek berusia 25 tahun itu menggunakan taktik meminta bantuan mengambil barang sebelum memeluk mangsa dari belakang dan menyerang sekiranya mereka melawan.
“Suspek juga akan meminta mangsa membantu menempah perkhidmatan e-hailing atau bertanyakan sesuatu. Apabila leka, suspek menumbuk dan menarik mangsa ke tempat yang dirasai boleh melakukan perbuatan liwat. Polis percaya suspek masih di negara ini dan jumlah mangsa kekal empat orang,” katanya hari ini.
Katanya lagi, suspek dengan alamat terakhir di Flat Taman Negara, Seksyen 27 kini menjadi buruan dan usaha giat dijalankan untuk menahannya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 serta Seksyen 377C Kanun Keseksaan.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Siti Mahanira Mahat di talian 017-6444895 atau balai polis berdekatan.
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm