Berita Berita
Saksi penting kes ugutan bunuh Exco Armada akan beri keterangan – Polis

KUALA LUMPUR 7 Julai – Polis mengesahkan bahawa saksi penting dalam siasatan kes ugutan bunuh terhadap seorang pengarah syarikat yang juga Exco Armada Bersatu akan tampil memberi keterangan dalam masa terdekat.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, individu berkenaan memaklumkan bahawa beliau mempunyai tugasan luar, namun bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis sebaik sahaja berkesempatan.
Setakat ini, polis telah merakam keterangan dua individu iaitu pengadu dan isterinya bagi membantu siasatan. Bagaimanapun, tiada sebarang tangkapan dilakukan setakat ini.
Menurut Sulizmie, hasil siasatan awal mendapati mangsa tidak mengenali suspek yang dikatakan terlibat dalam perancangan untuk membunuh atau mencederakannya. Justeru, pihak polis percaya keterangan saksi tersebut penting untuk membantu mengesan pelaku serta menjelaskan motif sebenar di sebalik ugutan yang diterima.
Beliau turut menegaskan bahawa keselamatan pengadu akan terus diberi keutamaan sepanjang siasatan dijalankan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun jika disabitkan bersalah atas kesalahan menakutkan secara jenayah melalui penggunaan nama samaran atau disembunyikan.
Sebelum ini, Exco Armada Bersatu, Na’im Brundage dilaporkan menerima ugutan bunuh dan ancaman simbahan asid oleh individu tidak dikenali, yang mendorong beliau membuat laporan polis kerana bimbang keselamatan diri dan keluarganya.
Polis meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Pang Wei Keong atau Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintenden Rosdi M. Husin. - Media Telus
Berita berkaitan
July 7, 2025, 2:48 pm
KSN mahu laporan segera isu sijil cuti sakit palsu dibentangkan
July 7, 2025, 2:36 pm
1,020 pelajar sekolah menengah di Selangor dikesan berisiko tinggi alami kemurungan
July 7, 2025, 2:26 pm
Lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memancing di Sungai Tomanggong
July 7, 2025, 2:15 pm
Remaja OKU hilang sembilan hari di Pasir Puteh masih belum ditemukan
July 7, 2025, 2:10 pm
Lawatan PM bukan ‘jalan-jalan’, bawa agenda besar negara – Ahmad Farhan
July 7, 2025, 2:04 pm
Selangor teliti cadangan sita aset suami liat bayar nafkah
July 7, 2025, 2:02 pm
Enam sekeluarga dipercayai cuba selamatkan diri, namun gagal - Bomba
July 7, 2025, 1:39 pm
Suri rumah didakwa hina Agong di Facebook, mengaku tidak bersalah
July 7, 2025, 1:30 pm
Malaysia penting buat India - Modi
July 7, 2025, 1:19 pm